KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia menghapuskan keuntungan yang dicatatkan semalam apabila dibuka lebih rendah pada Khamis, sejajar dengan kerugian di keba
KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia menghapuskan keuntungan yang dicatatkan semalam apabila dibuka lebih rendah pada Khamis, sejajar dengan kerugian di kebanyakan pasaran serantau berikutan pelabur terus berhati-hati terhadap perkembangan terkini di Asia Barat.
Pada jam 9.13 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI susut 2.81 mata kepada 1,676.15 berbanding penutupan Rabu pada 1,678.96. Indeks utama itu dibuka 1.58 mata lebih rendah pada paras 1,677.38.
Suasana pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 374 berbanding 112, manakala 271 kaunter tidak berubah, 1,934 kaunter tidak diniagakan dan 21 kaunter digantung dagangan.
Menurut nota penyelidikan oleh Rakuten Trade, pasaran tempatan bertindak balas terhadap petunjuk luaran selepas Wall Street ditutup jauh lebih rendah susulan perkembangan di Asia Barat.
“Selain itu, jualan besar-besaran saham teknologi terus berlaku. Sementara itu, Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) bagi Mei, tidak termasuk makanan dan tenaga, mencatat bacaan lebih rendah daripada jangkaan. Namun, bacaan keseluruhan yang merangkumi semua komponen melebihi empat peratus, iaitu paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun,” katanya.
Di peringkat domestik, firma itu berkata FBM KLCI berjaya mencatat pemulihan kecil dan menutup dagangan hampir pada paras 1,680 dalam minggu yang agak tidak menentu.
“Kami menjangkakan Bursa Malaysia akan terus disokong pada paras semasa dan mungkin menyaksikan aktiviti pengumpulan saham. Oleh itu, kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,675 hingga 1,685 hari ini,” tambahnya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Malayan Banking Berhad susut enam sen kepada RM10.62, Public Bank Berhad turun satu sen kepada RM4.79, Tenaga Nasional Berhad naik empat sen kepada RM14.26, CIMB Group Holdings Berhad susut dua sen kepada RM7.38 dan IHH Healthcare Berhad meningkat tiga sen kepada RM8.70.
Kaunter paling aktif, Tanco Holdings Berhad, merosot 30 sen kepada 20 sen, sekali gus mencetuskan penggantungan jualan singkat harian bagi saham itu.
Sementara itu, MM Computer Systems Berhad naik satu sen kepada 23 sen, VS Industry Berhad susut setengah sen kepada 20.5 sen dan Hong Seng Consolidated Berhad tidak berubah pada satu sen.
Kaunter untung terbesar menyaksikan Hong Leong Industries Berhad naik 30 sen kepada RM18.30, Petronas Chemicals Group Berhad meningkat 12 sen kepada RM5.70, MISC Berhad naik lapan sen kepada RM8.21, Hong Leong Bank Berhad menambah lapan sen kepada RM20.98 dan Petronas Gas Berhad turun enam sen kepada RM17.22.
Kaunter rugi terbesar menyaksikan United Plantations Berhad susut 56 sen kepada RM31.74, Ajinomoto (Malaysia) Berhad turun 28 sen kepada RM14.80, Fraser & Neave Holdings Berhad merosot 24 sen kepada RM25.54, Bursa Malaysia Berhad turun 10 sen kepada RM8.54 dan KESM Industries Berhad susut 10 sen kepada RM3.63.
Indeks FBM Emas turun 44.94 mata kepada 12,411.54, Indeks FBM Top 100 susut 44.47 mata kepada 12,257.74, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 40.82 mata kepada 12,375.67, Indeks FBM Mid 70 merosot 167.16 mata kepada 17,784.73 dan Indeks FBM ACE turun 33.97 mata kepada 4,626.68.
Prestasi mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 59.34 mata kepada 19,523.07, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.03 mata kepada 196.86, Indeks Tenaga menambah 3.57 mata kepada 782.34 danIndeks Perladangan susut 31.42 mata kepada 8,762.80.
SUMBER;
–BERNAMA

