HomeFeaturedBerita Semasa

KPT sedia kemudahan PdP, aktif bilik gerakan bantu warga IPT terjejas banjir

PUTRAJAYA,. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi kelonggaran kepada semua institusi pendidikan tinggi (IPT) yang terjejas akibat banjir untuk m

PENIAGA PRODUK PERTANIAN RUGI LEBIH RM1.15 JUTA TERPERDAYA LOVE SCAM
Iran tutup Selat Hormuz susulan dakwaan pelanggaran gencatan senjata
Virus Nipah: KKM laksana saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi

PUTRAJAYA,. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi kelonggaran kepada semua institusi pendidikan tinggi (IPT) yang terjejas akibat banjir untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian, bagi memastikan kesinambungan pembelajaran pelajar tidak terganggu.

KPT memaklumkan bahawa perkembangan banjir yang melanda beberapa negeri di Pantai Timur dan utara Semenanjung dipantau dengan teliti sejak beberapa hari lalu susulan hujan lebat berterusan.

Menurut KPT, situasi banjir kali ini bukan sahaja menjejaskan kawasan bandar dan kediaman, malah turut memberi impak kepada beberapa IPT yang dinaiki air, sekali gus menjejaskan pengoperasian premis serta pelaksanaan PdP.

“Pada masa sama, bilik gerakan banjir di IPT yang terlibat turut diaktifkan bagi memudahkan pelajar, kakitangan, dan ibu bapa mendapatkan maklumat terkini berkaitan situasi semasa serta penyaluran bantuan segera, khususnya makanan, tempat perlindungan sementara dan keperluan asas bagi pelajar serta warga IPT,” menurut kenyataan KPT di sini hari ini.

KPT turut menyeru semua warga IPT yang terkesan agar sentiasa menjaga keselamatan diri, berada di kawasan selamat, serta mematuhi arahan pihak berkuasa dan pasukan keselamatan.

“Seluruh warga kementerian mendoakan agar semua mangsa banjir di negeri-negeri terlibat diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” menurut kenyataan itu.

–BERNAMA