
KTM Ipoh Wajar Diubah Suai Secara Holistik, Bukan Sekadar Baiki Siling Bocor
IPOH, 22 April 2025 – Kritikan terhadap keadaan Stesen KTM Ipoh membuka ruang untuk pihak berkuasa melihat kepada penyelesaian jangka panjang yang lebih menyeluruh, bukan sekadar pembaikan kecil.
Persatuan Warisan Perak menyarankan agar stesen ini bukan sahaja dibaik pulih, malah ditransformasikan menjadi pusat pelancongan berasaskan warisan dengan galeri sejarah dan kemudahan moden.
“Hotel Majestic bersebelahan stesen patut dihidupkan kembali dengan tema klasik seperti Eastern & Oriental di Pulau Pinang,” ujar Nor Hisham Zulkiflee.
Pendekatan itu diyakini akan memperkaya pengalaman pelancong dan menaikkan semula imej bandar Ipoh sebagai pusat pelancongan bersejarah.