KWSP Tegaskan Tiada Salah Laku dalam Pelaburan MAHB

KWSP Tegaskan Tiada Salah Laku dalam Pelaburan MAHB

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menolak dakwaan berlakunya salah laku atau pelanggaran peraturan dalam transaksi jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), termasuk sebarang kerugian yang dikaitkan dengan penjualan saham tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP menegaskan bahawa tuduhan yang dilemparkan tidak berasas, sambil menekankan bahawa setiap keputusan pelaburan dibuat mengikut prosedur ketat serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

“Selaras dengan Polisi ‘Chinese Wall’ KWSP, kawalan ketat dilaksanakan untuk memastikan pemisahan maklumat antara pasukan yang mempunyai akses kepada data bukan awam dan pasukan yang menguruskan pelaburan pasaran awam, bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan,” kata kenyataan itu.

KWSP juga menjelaskan bahawa pasukan pelaburan pasaran awam beroperasi secara bebas dan semua keputusan dagangan dibuat berdasarkan maklumat yang tersedia secara umum, tanpa sebarang pengaruh dalaman.

Selain mempertahankan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pengurusan dana, KWSP turut menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya diperlukan bagi menjalankan semakan atau siasatan berhubung pelaburannya dalam MAHB.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )