KWSP umum dividen 6.15 peratus untuk simpanan konvensional dan shariah, jumlah pembayaran RM79.6 bilion

HomeFeaturedBerita Semasa

KWSP umum dividen 6.15 peratus untuk simpanan konvensional dan shariah, jumlah pembayaran RM79.6 bilion

KUALA LUMPUR,. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus bagi 2025 (2024: 6.3 peratus) untuk akau

“Whitening The Black Spot” diperluas ke seluruh negara: KPN
Malaysia, Kanada sepakat perkukuh hubungan ekonomi, teroka peluang baharu – PM Anwar
Program PERANTIS inisiatif strategik memperkasa kepimpinan wanita – Nancy Shukri

KUALA LUMPUR,. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus bagi 2025 (2024: 6.3 peratus) untuk akaun simpanan konvensional dan shariah, dengan jumlah pembayaran RM79.6 bilion.

Bagi tahun berakhir 31 Dis 2025, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan boleh agih sebanyak RM82.7 bilion, meningkat 9.5 peratus daripada RM75.5 bilion pada 2024.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata aset pelaburan meningkat kepada RM1.41 trilion, naik 12.8 peratus daripada RM1.25 trilion didorong oleh pendapatan portfolio dan jumlah caruman bersih sebanyak RM66.5 bilion.

“Ekuiti kekal sebagai penyumbang utama pada 2025 dengan menjana RM50.7 bilion atau 64 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan.

“Jumlah ini mengatasi RM49.9 bilion yang dicatatkan pada 2024 manakala pulangan pelaburan (ROI) sederhana kepada 7.9 peratus berikutan ketidaktentuan pasaran global dan keadaan pasaran domestik yang lebih perlahan. Pelaburan Ekuiti Persendirian, yang merangkumi kira-kira 8 peratus daripada pelaburan ekuiti mencatatkan ROI sebanyak 10.5 peratus,” katanya semasa mengumumkan kadar dividen KWSP 2025 hari ini.

–BERNAMA