Laluan C156 Seksyen 0.70 Jalan Boh Habu ditutup sementara

Laluan C156 Seksyen 0.70 Jalan Boh Habu ditutup sementara

KUANTAN,. Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands memaklumkan laluan C156 Jalan Boh, Seksyen 0.70 yang menghubungkan Habu ke Boh Tea Estate, Habu ditutup sementara di kedua-dua arah ekoran kejadian tanah runtuh.

Menurut kenyataan yang dimuat naik melalui akaun Facebook JKR daerah itu, penutupan dijadualkan hingga 2 Feb ini, namun tertakluk pada kerja pembaikan yang akan dilaksanakan.

“Penutupan jalan pada tempoh yang ditetapkan adalah perlu demi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna,” menurut kenyataan itu.

Pengguna dinasihatkan untuk mengikut papan tanda di lokasi serta mematuhi arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi mengelak kejadian tidak diingini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )