Lapangan terbang Myanmar lanjut sekatan perkhidmatan penerbangan antarabangsa

Lapangan terbang Myanmar lanjut sekatan perkhidmatan penerbangan antarabangsa

YANGON, 29 Julai — Pihak berkuasa Myanmar mengumumkan pada Rabu sekatan operasi perkhidmatan udara antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon dilanjutkan lagi sehingga 31 Ogos, menurut notis Yangon Aerodrome Company Limited (YACL).

Lanjutan itu sebagai langkah berterusan untuk memerangi penularan COVID-19 dengan lebih berkesan, lapor agensi berita Xinhua.

Perkhidmatan domestik tetap beroperasi seperti biasa, menurut notis itu.

Sementara itu, kerajaan terus berusaha untuk membawa pulang warganegara yang terkandas di negara asing disebabkan sekatan penerbangan komersial antarabangsa disebabkan wabak COVID-19.

Berdasarkan kenyataan Kementerian Luar, sehingga Selasa seramai 9,105 warga Myanmar sudah dibawa pulang.

Menurut kementerian itu lagi pihaknya sedang mengatur penerbangan bantuan dan khas untuk warganegara ke luar negara bagi urusan penting.

Sehingga Rabu pagi, Myanmar melaporkan 351 kes COVID-19 disahkan dengan enam kematian, memetik data terkini Kementerian Kesihatan dan Sukan.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )