
Lawatan Rasmi Xi Jinping Perkukuh Hubungan Strategik Malaysia-China
REMBAU – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Malaysia minggu hadapan bakal mengukuhkan lagi hubungan strategik dua hala antara kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Lawatan selama tiga hari itu turut memberi peluang kepada Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, untuk memperkukuh kerjasama rantau dengan China dalam menghadapi cabaran ekonomi global.
“Kita mahu kukuhkan jaringan serantau yang sedia ada dan tingkatkan pelaburan dua hala yang memberi manfaat jangka panjang,” ujar beliau selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Luar.