
Lima lagi warga Turki maut di Jerman akibat COVID-19
BERLIN, 16 April — Lima lagi warga Turki meninggal dunia di Jerman akibat COVID-19, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis lapor agensi berita Anadolu.
Kematian itu dilaporkan di bandar Berlin, Munich, Stuttgart dan Baden-Baden.
Jumlah keseluruhan rakyat Turki yang maut di Jerman akibat virus itu kini berjumlah 67 orang.
Jerman menyaksikan lebih 3,500 orang terkorban akibat COVID-19 dan lebih 133,000 kes sementara 72,600 pesakit sembuh.
COVID-19 sudah menular ke 185 negara dan wilayah sejak pertama kali muncul di Wuhan, China pada Disember lalu, dengan Amerika Syarikat dan Eropah menjadi negara paling teruk terjejas di dunia.
— BERNAMA
CATEGORIES DUNIA