
Lisbon laksana peraturan ketat Liga Juara-Juara
LISBON,. Peringkat ‘Lapan Terakhir’ Liga Juara-Juara akan berlangsung mengikut peraturan kesihatan ketat di Lisbon ketika kelab bersaing dalam saingan yang teruk terkena tempias pandemik COVID-19.
Kerana risiko kesihatan itu, tiada penonton dibenarkan dengan pemain dan pegawai mesti mengikut protokol ketat ditentukan UEFA bagi membendung jangkitan.
Pada penghujung Jun, kerajaan Portugal memperkenalkan perintah berkurung pada sebahagian kejiranan utara Lisbon selepas munculnya kes positif baharu.
Tapi sejak itu, jumlah kes baharu semakin berkurangan.
Bagaimanapun ibu kota itu masih berada pada tahap kawalan ketat berbanding tempat lain – kumpulan yang berkumpul tidak boleh melebihi 10 orang manakala kedai dan kafe mesti ditutup pada jam 8 malam.
Semua pemain dan kakitangan sokongan mesti diuji dua atau tiga hari sebelum meninggalkan negara mereka.
Mereka akan diuji lagi pada malam sebelum perlawanan.
UEFA akan menerima keputusan sekurang-kurangnya enam jam sebelum sepak mula.
Mana-mana pemain yang memiliki simpton COVID-19 mesti segera diasingkan dan pihak berkuasa akan dihubungi.