
Lukisan Picasso dijual AS$103 juta di New York
NEW YORK: Lukisan Pablo Picasso “Woman Sitting Near A Window (Marie-Therese)” kelmarin dijual dengan nilai AS$103.4 juta (RM427 juta) di pusat pembidaan Christie’s di New York. Lukisan tersebut disiapkan pada 1932, dijual selepas 19 minit bidaan bernilai AS$90 juta, kemudian meningkat ke AS$103.4 juta setelah ditambah yuran dan komisen.
Christie’s menjangkakan lukisan tersebut boleh mencapai nilai AS$55 juta.
Jualan tersebut mengesah-kan kepentingan pasaran seni sungguhpun pandemik COVID-19, ditambah de-ngan keistimewaan status Picasso, yang dilahirkan pada 1881 dan meninggal dunia pada 1973.
Penyertaan menggalakkan dalam bidaan kelmarin, berjumlah AS$481 juta, “menandakan pengembalian kepada normal dan juga membawa mesej bahawa pasaran seni kembali rancak,” kata Bonnie Brennan, presiden Christie’s Amerika.
Lukisan tersebut, menggambarkan kekasih muda dan kesayangan Picasso, Marie-Therese Walter, diperolehi hanya lapan tahun lalu semasa jualan London untuk AS$44.8 juta, kurang separuh daripada harga yang ditawarkan kelmarin.
— AFP