
Mahkamah Bebaskan Dr Roland Victor daripada Tuduhan Hantaran Jelik
Dr Roland Victor hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Sepang daripada pertuduhan membuat hantaran video jelik berkaitan vaksin COVID-19 di media sosial.
Hakim Ahmad Fuad Othman menyatakan bahawa tiada bukti kukuh dikemukakan pihak pendakwaan bagi menyokong dakwaan tersebut, dan mahkamah tidak dapat mengesahkan bahawa kandungan video itu bersifat jelik atau palsu.
Kes ini berkaitan dengan satu hantaran video yang dimuat naik ke akaun Facebook The KL Sky Clinic pada 7 Februari 2021. Dr Roland didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000.
Dr Roland diwakili oleh peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal, manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Saifuddin Rafiee.