MALAYSIA AIRLINES SAMBUNG SEMULA PENERBANGAN JAKARTA SECARA BERPERINGKAT, LIMA MASIH BATAL

HomeFeaturedBerita Semasa

MALAYSIA AIRLINES SAMBUNG SEMULA PENERBANGAN JAKARTA SECARA BERPERINGKAT, LIMA MASIH BATAL

KUALA LUMPUR,. Malaysia Airlines secara berperingkat menyambung semula penerbangan dari dan ke Jakarta susulan penyambungan semula operasi di Lapangan

Bekas Panglima Tentera Darat didakwa terima lebih RM2.12 juta hasil aktiviti haram
675 MAUT, 2,498 HILANG DALAM GELONGSORAN LUMPUR DI NEPAL – PIHAK BERKUASA
Seramai 2,453 graduan daripada 128 program akademik menerima skrol masing-masing Majlis Konvokesyen ke-36 MSU

KUALA LUMPUR,. Malaysia Airlines secara berperingkat menyambung semula penerbangan dari dan ke Jakarta susulan penyambungan semula operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK).

Dalam hantaran di platform X, syarikat penerbangan nasional itu memaklumkan operasi lapangan terbang berkenaan sedang kembali pulih selepas terganggu akibat abu gunung berapi daripada Gunung Anak Krakatau, Indonesia.

Menurutnya, penerbangan MH717 dari Kuala Lumpur ke Jakarta, MH716 dari Jakarta ke Kuala Lumpur serta penerbangan Kuala Lumpur-Jakarta MH721 dan MH723 beroperasi mengikut jadual hari ini.

Bagaimanapun, lima penerbangan masih dibatalkan, iaitu MH713 dan MH711 dari Kuala Lumpur ke Jakarta, serta MH712, MH710 dan MH726 dari Jakarta ke Kuala Lumpur.

“Berikutan situasi yang masih berubah, Malaysia Airlines memantau perkembangan dengan rapat.

“Sebarang maklumat terkini mengenai penerbangan yang terjejas akan disampaikan secara terus kepada pelanggan yang terlibat,” menurutnya.

Penumpang dinasihatkan memastikan maklumat hubungan mereka dikemas kini menerusi bahagian “My Booking” di laman sesawang Malaysia Airlines bagi menerima maklumat terkini tepat pada masanya melalui e-mel dan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Menurut syarikat penerbangan itu, pelanggan juga boleh menghubungi khidmat sokongan sembang langsung menerusi laman sesawangnya atau Pusat Hubungan Global di talian 1-300-88-3000 di Malaysia atau +603-7843 3000 dari luar negara.

— BERNAMA