Malaysia, Australia komited perkukuh keterjaminan makanan, tenaga serantau

HomeFeaturedBerita Semasa

Malaysia, Australia komited perkukuh keterjaminan makanan, tenaga serantau

PUTRAJAYA,. Malaysia dan Australia mengesahkan semula komitmen untuk melindungi keterjaminan makanan dan tenaga serantau, di samping memperkukuh kerja

Tarif baharu AS “tidak masuk akal” – Timbalan PM Australia
Pesta Angin Timur Perlis 2026 sasar lebih 300,000 pengunjung
Malaysia diiktiraf ekonomi digital paling pesat berkembang, sasar capai AS$39 bilion pada 2025

PUTRAJAYA,. Malaysia dan Australia mengesahkan semula komitmen untuk melindungi keterjaminan makanan dan tenaga serantau, di samping memperkukuh kerjasama dalam sektor utama termasuk perdagangan daging merah, ketika konflik global dan gangguan rantaian bekalan terus berlarutan.

Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata kedua-dua negara sedang bekerjasama memperkukuh daya tahan bekalan serta melindungi rakyat masing-masing daripada kesan paling buruk akibat gangguan global.

“Australia, seperti Malaysia, benar-benar prihatin terhadap situasi di Asia Barat. Keutamaan kami ialah meredakan ketegangan.

“Kami mahu melihat gencatan senjata terus dipatuhi dan konflik itu diselesaikan dengan segera,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis.

Terdahulu, Albanese mengadakan pertemuan bersama Anwar, dengan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran baharu keselamatan tenaga susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Beliau kini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari 15 hingga 17 April.

Albanese turut menekankan tahap integrasi perdagangan dua hala yang erat, sambil menyatakan Australia kekal sebagai rakan penting bagi keterjaminan makanan Malaysia.

“Hampir 60 peratus gandum Malaysia dan 75 peratus bekalan kambing biri-biri serta daging lembu datang dari Australia.

Sebaliknya, urea dari Malaysia membantu petani Australia menanam tanaman yang kami bekalkan ke sini,” katanya.

Lawatan itu juga menyaksikan pemeteraian kerjasama dalam pemprosesan dan perdagangan daging merah, yang bertujuan menyokong perdagangan daging halal dua hala, meningkatkan eksport Australia serta memperkukuh peluang pekerjaan tempatan dan keterjaminan makanan Malaysia.

Perdana menteri Australia itu turut memetik dokumen “Invested: Australia’s Southeast Asia Economic Strategy to 2040” sebagai pelan hala tuju untuk memperdalam hubungan ekonomi, sambil menyifatkan peluasan kampus Monash University di Malaysia sebagai kejayaan penting.

Pertemuan itu berakhir dengan kedua-dua pemimpin menantikan perbincangan lanjut pada Sidang Kemuncak Asia Timur akan datang di Filipina.

–BERNAMA