MALAYSIA TERUS DUKUNG DIPLOMASI, RUNDINGAN DALAM PENYELESAIAN KONFLIK – SAIFUDDIN NASUTION

HomeFeaturedBerita Semasa

MALAYSIA TERUS DUKUNG DIPLOMASI, RUNDINGAN DALAM PENYELESAIAN KONFLIK – SAIFUDDIN NASUTION

KUALA LUMPUR,. Malaysia terus mendukung pendekatan diplomasi dan penyelesaian konflik melalui rundingan, selaras dengan komitmen negara untuk menyumba

727 pengamal media terima manfaat Tabung Kasih@HAWANA setakat ini – Fahmi
Menteri luar negara Arab, Islam gesa Iran hentikan serangan
Ribuan pelaut terkandas di atas kapal di Selat Hormuz – PBB

KUALA LUMPUR,. Malaysia terus mendukung pendekatan diplomasi dan penyelesaian konflik melalui rundingan, selaras dengan komitmen negara untuk menyumbang ke arah keamanan, kestabilan dan kesejahteraan serantau serta antarabangsa.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Ketua Staf Tentera Darat merangkap Ketua Angkatan Pertahanan Pakistan Field Marshal Syed Asim Munir di General Headquarters, Rawalpindi bersempena dengan lawatan kerja rasmi beliau ke negara itu.

Menerusi hantaran di Facebook, Saifuddin Nasution berkata pertemuan itu signifikan mengambil kira peranan penting Pakistan dalam memudah cara rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran bagi menyelesaikan krisis berkaitan Selat Hormuz.

“Pertemuan ini memberi ruang kepada kami bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau dan antarabangsa, termasuk pendekatan diplomasi serta usaha membina keamanan dalam mendepani konflik dan ketegangan geopolitik.

“Field Marshal Syed Asim Munir berkongsi pengalaman Pakistan dalam memudah cara rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran. Saya pula berkongsi pengalaman Malaysia memudah cara rundingan antara Thailand dan Kemboja yang akhirnya membawa kepada persetujuan gencatan senjata,” katanya.

Beliau berkata walaupun berdepan cabaran berbeza, pengalaman kedua-dua negara membuktikan bahawa diplomasi, dialog dan pembinaan keyakinan kekal menjadi asas paling berkesan dalam meredakan ketegangan serta membuka jalan kepada penyelesaian secara aman.

— BERNAMA