Mane bikin Klopp resah

Mane bikin Klopp resah

LONDON,. Sadio Mane mencetuskan kebimbangan di Anfield dengan dia dikatakan bersedia untuk berpindah pada musim panas ini.

Bintang Senegal bernilai 150 juta pound (RM790 juta) itu sehingga kini masih belum mahu menandatangani kontrak baharu yang ditawarkan kepadanya sejak sembilan lalu.

Situasi itu membuatkan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mula resah.

Liverpool ketika ini dalam rundingan bagi mengikat tonggak pertahanan tengah, Virgil Van Dijk dengan menawarkannya kontrak baharu bernilai 250 juta pound (RM1.3 bilion) yang menyaksikan dia akan kekal di Anfield sehingga 2025.

Dia dijangka menandatangani kontrak itu selepas tamat saingan musim ini.

Jika menjadi kenyataan, Van Dijk akan menerima gaji sebanyak 220,000 pound (RM1.15 juta) seminggu dan menjadikannya pemain dibayar paling tinggi dalam sejarah kelab itu.

Mane juga akan menerima habuan yang sama sekiranya dia menerima tawaran baharu dikemukakan The Reds.

Bagaimanapun, Real Madrid difahamkan berminat bagi mendapatkan khidmat Mane selain Paris Saint-Germain (PSG).

Difahamkan, Liverpool ketika ini sedang mengadakan rundingan bagi menukar Mane dengan bintang PSG yang bernilai 200 juta pound (RM1.05 juta), Kylian Mbappe.

Namun, keutamaan Klopp adalah memastikan Mane kekal di Anfield sebelum dia melakukan rombakan besar-besaran dalam skuad itu.

Klopp mahu mengekalkan kejuaraan liga yang bakal diraih mereka dengan membawa masuk beberapa bintang terkemuka dunia tetapi dia tetap mahu mengekalkan Mane. – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )