
MASkargo angkut kargo guna pesawat A380 ke London
KUALA LUMPUR,. MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) anak syarikat Malaysia Aviation Group baru-baru ini mengambil langkah berani dengan menerbangkan pesawat A380 Malaysia Airlines ke London membawa hanya kargo dalam penerbangan.
MASkargo dalam satu kenyataan berkata penerbangan MH04 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.50 pagi hari Selasa dengan 26 tan kargo yang terdiri kebanyakannya barangan e-dagang dari Guangzhou, China.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Kargo Ibrahim Mohd Salleh berkata: “Ini merupakan satu pendekatan inovatif yang berlainan daripada kebiasaan dari kami kerana setahu kami tidak ada pesawat Airbus 380 lain yang pernah melakukan ini.”
— BERNAMA