MCCC sumbang RM100,000 kepada Mercy Malaysia untuk pembelian 200 PPE

MCCC sumbang RM100,000 kepada Mercy Malaysia untuk pembelian 200 PPE

KUALA LUMPUR, 26 April — Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC) menyumbang RM100,000 kepada MERCY Malaysia untuk pembelian 200 peralatan perlindungan diri (PPE) untuk menyokong petugas barisan hadapan penjagaan kesihatan.

Ia merupakan antara langkah sokongan MERCY Malaysia kepada Kementerian Kesihatan (MoH), Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi memerangi COVID-19.

Menurut MCCC, di samping sumbangan kewangan, ia turut menyerahkan 100 karton bahan peluntur dan 5,000 keping topeng perubatan pakai buang kepada MERCY Malaysia.

“Melihat penularan pantas COVID-19 dan kekurangan bekalan alatan perlindungan, MCCC menjalankan inisiatif kutipan dana ‘MCCC COVID-19: Malaysians We Care’ dalam kalangan majlis nasional dan ahli MCCC dan berjaya mengumpul RM113,500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Guangzhou Tongyuan Technology Co., Ltd., menyumbangkan 10,000 keping topeng perubatan kepada MCCC berikutan sumbangan MCCC kepada beberapa wilayah di China semasa penularan koronavirus di negara itu pada Januari 2020.

Dengan mengambil kira permintaan topeng muka yang tinggi dalam kalangan petugas barisan hadapan, MCCC menyumbang 10,000 topeng muka kepada Polis Diraja Malaysia untuk menyokong mereka  menangani pandemik ini  di samping menghargai sumbangan mereka pada masa ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )