
MCMC Perkukuh Akar Umbi Digital di Ayer Kuning Menerusi HBK
TAPAH – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan komitmen memperkasa rakyat dalam era digital melalui penganjuran Program Hari Bersama Komuniti (HBK) di NADI Ayer Kuning semalam.
Program ini menjadi platform pemerkasaan komuniti setempat dengan pengisian seperti latihan digital, pendaftaran keahlian, taklimat keselamatan siber, serta pengenalan program keusahawanan NADIpreneur dan EmpowHER.
Majlis dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, dan turut dihadiri Exco Komunikasi Perak, Mohd Azlan Helmi.
MCMC dalam kenyataan berkata, HBK merupakan antara inisiatif utama dalam menjayakan Malaysia MADANI menerusi pendekatan teknologi yang menyeluruh dan inklusif bagi memperkukuh daya saing masyarakat luar bandar.