Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya SPR N.29 Dun MahKota.

PUTRAJAYA,. Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PRK,Dewan Negeri N.29 DUN Mahkota, Johor berlangsung di Menara SPR di pada pagi ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun itu antaranya bagi menentukan tarikh writ pilihan raya,serta hari penamaan calon,dan hari pengundian serta daftar pemilih .

Mesyuarat turut dihadiri juga Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom dan Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak.

Dan selepas mesyuarat SPR akan mengadakan Sidang…

Sebelum ini Pada 4 Ogos, Ikmalrudin memaklumkan mesyuarat khas itu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi, mengenai kekosongan luar jangka kerusi DUN Mahkota berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos yang lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon Barisan Nasional menang kerusi DUN Mahkota dengan majoriti 5,166 undi.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
TAGS
Share This