MINDET, KPDN muktamad kerjasama perkasa perlindungan harta intelek di Sabah

HomeFeaturedBerita Semasa

MINDET, KPDN muktamad kerjasama perkasa perlindungan harta intelek di Sabah

PUTRAJAYA,. Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah memuktamadkan kerjasama strategik dengan Kementerian P

Menara Merdeka 118 dinamakan semula kepada Menara Merdeka Maybank
Kefahaman sejarah mendalam penting untuk satukan kepelbagaian kaum – Raja Muda Perlis
Malaysia di landasan betul untuk capai paras tinggi sasaran pertumbuhan 2025 – Anwar

PUTRAJAYA,. Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah memuktamadkan kerjasama strategik dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memperkasa perlindungan harta intelek dalam kalangan usahawan serta komuniti di Sabah.

Menterinya merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah, Ewon Benedick, berkata langkah itu penting bagi memastikan pendaftaran harta intelek dijadikan komponen utama dalam pembangunan sektor perindustrian dan keusahawanan, termasuk perusahaan sosial komuniti di negeri ini.

“Kerjasama bermula dengan penyertaan pegawai MINDET dan agensinya dalam program latihan khusus di Akademi Harta Intelek sebelum diperluas kepada pelaksanaan program kesedaran melibatkan usahawan di Sabah.

“Kursus ini membantu meningkatkan kefahaman mengenai peranan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sekali gus membolehkan pegawai memberi nasihat tepat berkaitan pendaftaran serta perlindungan harta intelek,” katanya.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan cadangan penubuhan unit khas berkaitan harta intelek di MINDET akan diteliti bagi menyelaras pelaksanaan inisiatif berkaitan secara lebih sistematik.

Ewon berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri KPDN, Armizan Mohd Ali, di Putrajaya.

Dalam rangka lawatan kerja sama, beliau turut mengadakan kunjungan ke Akademi Harta Intelek MyIPO dan mengadakan perbincangan bersama Ketua Pengarahnya, Yusnieza Syarmila Yusoff, berkaitan pelaksanaan program latihan khusus untuk pegawai kementerian serta agensinya di Sabah.

Beliau berkata, setiap pembangunan produk keusahawanan di Sabah sama ada melibatkan industri, inovasi, makanan dan minuman atau perusahaan sosial perlu merangkumi pendaftaran harta intelek sebagai perlindungan nilai komersial.

Menurutnya, usaha itu memerlukan pendedahan serta latihan berterusan kepada pegawai kementerian di samping pelaksanaan program kesedaran yang menyeluruh dalam kalangan usahawan dan komuniti.

Dalam perkembangan sama, beliau merakamkan penghargaan terhadap komitmen MyIPO dalam menjayakan kerjasama berkenaan.

Berdasarkan taklimat MyIPO, sebanyak 3,941 permohonan harta intelek diterima di Sabah bagi tempoh 2021 hingga Mac 2026, manakala 3,349 pendaftaran direkodkan setakat Disember 2025.

Setakat ini, sebanyak 31 produk Petunjuk Geografi (GI) didaftarkan di Sabah termasuk Amplang, Kopi Tenom, Belacan Papar, Sabah Tea, Piyutu Sandakan dan Liking Kota Belud, dengan enam daripadanya tidak aktif susulan kegagalan memperbaharui pendaftaran.