Misteri buaya gergasi makan manusia di Burundi

Misteri buaya gergasi makan manusia di Burundi

GITEGA : Nasib seekor buaya gergasi yang didakwa memakan ratusan manusia menjadi tanda tanya sama ada ia masih hidup atau sudah mati di Burundi. Buaya sepanjang lebih enam meter yang dikenali dengan nama Gustave itu membaham manusia di Tasik Tanganyika, Burundi sejak bertahun-tahun lalu.

Setakat ini, tidak diketahui sama ada haiwan yang dianggar seberat satu tan itu masih hidup atau mati.

Ramai orang yang cuba menangkap atau membunuh buaya itu, namun semua percubaan untuk menangkapnya gagal. Umur buaya itu mungkin sekitar 60 tahun walaupun terdapat dakwaan ia telah berusia mencecah 100 tahun.

Rekod serangannya terhadap orang yang tinggal di pantai timur laut Tasik Tanganyika bermula sejak tahun 1987, menurut National Geographic. Saksi keganasan haiwan itu pernah terlihat buaya besar yang luar biasa tersebut mempunyai parut di bahagian atas kepalanya.

Parut itu dipercayai akibat kecederaan yang dialaminya selepas terkena peluru.

Haiwan itu didakwa mempunyai sekurang-kurangnya tiga luka peluru akibat tembakan daripada pemburu yang cuba membunuhnya, namun usaha tersebut semuanya tidak berjaya. Buaya misteri itu pernah memusnahkan perangkap untuk menangkapnya.

Terdapat dakwaan haiwan itu dibunuh pada tahun 2019 tetapi tiada bukti-bukti ia telah mati menyebabkan orang ramai takut makhluk misteri tersebut masih hidup.

– Sinar Harian/Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)