Mohd Shahar sebagai ‘nakhoda’ Pemuda Umno 2023?

Mohd Shahar sebagai ‘nakhoda’ Pemuda Umno 2023?

#Pendapat

Empat calon sudah mengesahkan pencalonan masing-masing bagi merebut jawatan Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan kali ini.

Empat calon yang bertanding jawatan nombor satu sayap pergerakan pemuda parti itu adalah bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah merangkap Ahli Parlimen Paya Besar.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau.

Turut bertanding atas tiket sama adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah dan calon Meor Hassan Mat Ali.

Menurut petikan Sinar Harian, Calon Ketua Pemuda UMNO, Datuk Mohd Shahar Abdullah mahu perwakilan memberikannya peluang untuk menerajui sayap parti itu, sekali gus membawa suara Pemuda di Dewan Rakyat.

Mohd Shahar Abdullah Pemuda berpendapat UMNO perlukan seorang ahli Parlimen sebagai ketua untuk mengangkat suara mereka.

“Sudah lama kita tiada Ketua Pemuda UMNO di Parlimen iaitu sejak 2018. Jika dibandingkan dengan pasca PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15), Ketua Pemuda PKR, DAP, Amanah, Bersatu dan Pas, semua ada tapi UMNO tiada.

“Apabila melihat ada ruang untuk diberikan mandat memimpin, saya menawarkan diri atas kapasiti yang ada, termasuk pengalaman dua penggal menjadi ahli Parlimen. Saya juga melepasi garis masa PRU14 dan PRU15 tatkala ramai yang kalah.

“Untuk mengembalikan kerusi Ketua Pemuda UMNO dalam Parlimen, saya antara tiga Pemuda yang menang PRU15 selain Ahli Parlimen Tenggara, Kalabakan dan Paya Besar.

“Mereka nampak saya ada kelebihan sebab senior berbanding mereka berdua.

“Bayangkan isu bankrap anak muda, isu anak muda yang berada di Kuala Lumpur tak sama di Jerantut atau kawasan pedalaman seperti Pensiangan (Sabah). Sudah pasti isu itu bukan dibincang pada peringkat negeri tetapi kita angkat dalam Parlimen,” kata beliau.

Manakala dalam satu sesi podcast ‘Keluar Sekejap’ bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, ternyata bekas Ketua Penerangan Umno memilih Mohd Shahar Abdullah sebagai calon yang ‘ideal’ untuk menerajui sayap Pemuda Umno.

Shahril berpendapat pengalaman Datuk Mohd Shahar Abdullah sebagai Ketua Pemuda Negeri Pahang dan Ketua Penerangan Pemuda mampu memberi kekuatan untuk sayap Pemuda.

Perkara ini turut disetujui oleh Khairy Jamaluddin yang berpendapat beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan, pengalaman pentadbiran dan seorang yang lama dalam AJK Pemuda Umno.

Bila KJ tanyakan Shahril siapa yang paling layak menjadi Ketua Pemuda lantas Shahril menjawap berdasarkan kriteria beliau pilih — Datuk Mohd Shahar Abdullah.

 

–DG

 

 

 

 

 

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )