MOTAC: Menghargai usaha komuniti menyambut PraGawai kekayaan budaya serta keunikan tradisi

HomeFeaturedBerita Semasa

MOTAC: Menghargai usaha komuniti menyambut PraGawai kekayaan budaya serta keunikan tradisi

BINTULU,.SARAWAK, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merujuk kepada laporan tular di media sosial mengenai program PraGawai yang berlang

Berang ditegur tidak ke sekolah, remaja toreh bapa
KSN teliti cadangan berhubung kod etika pakaian di fasiliti kesihatan, keselamatan
Sambutan Thai Ponggal perkukuh perpaduan – Aaron

BINTULU,.SARAWAK, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merujuk kepada laporan tular di media sosial mengenai program PraGawai yang berlangsung di Bintulu, Sarawak baru-baru ini. YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya hadir ke program berkenaan atas jemputan sebagai tanda sokongan dan meraikan komuniti setempat sempena sambutan perayaan Gawai yang bakal tiba.

MOTAC menghargai usaha komuniti di Bintulu dalam menyambut PraGawai yang mencerminkan perpaduan, kekayaan budaya serta keunikan tradisi masyarakat tempatan. Program Pra-Gawai berkenaan adalah sepenuhnya dianjurkan oleh komuniti setempat tanpa penglibatan, kerjasama, peruntukan mahupun sokongan rasmi daripada MOTAC.

Sehubungan itu, segala aspek pelaksanaan program adalah di bawah tanggungjawab pihak penganjur. Semangat kebersamaan yang dipamerkan dalam Program Pra-Gawai tersebut mencerminkan aspirasi negara dalam memupuk perpaduan, seterusnya merapatkan jurang antara kaum menerusi platform kebudayaan.

MOTAC sentiasa menghormati cara komuniti merayakan tradisi mereka yang unik. Mengenai beberapa isu tular berkaitan perjalanan majlis tersebut, MOTAC memohon agar semua pihak melihatnya dari sudut positif sebagai sebahagian daripada keraian tradisi yang dianjurkan oleh masyarakat tempatan mengikut kesesuaian lokaliti mereka.

MOTAC menegaskan bahawa sambutan kebudayaan seperti ini tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak bagi menghormati semua bangsa dan budaya. Tindakan mensensasikan perkara ini hanya akan menjejaskan keharmonian yang telah lama terjalin. MOTAC kekal komited untuk terus mempromosikan kepelbagaian budaya dan keharmonian masyarakat di Malaysia, selaras dengan prinsip hormatmenghormati antara kaum dan tradisi.

SUMBER: KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA 29 APRIL 2026

–GERBANGPOST