MR Diy buka 35 cawangan baharu di tujuh negeri pada Oktober

KUALA LUMPUR,. MR DIY Group (M) Bhd (MR DIY) akan lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia bermula Oktober ini apabila 35 cawangan baharu dibuka di tujuh negeri menjadikan jumlah cawangan di seluruh sebanyak 830 cawangan.

MR DIY dalam satu kenyataan pada Khamis berkata cawangan-cawangan tersebut terdiri daripada 14 cawangan MR DIY, tiga cawangan MR DIY Express, enam cawangan MR TOY dan 12 cawangan MR DOLLAR.

Naib Presiden Pemasaran, MR DIY, Andy Chin berkata 35 cawangan baharu itu akan membolehkan lebih ramai pelanggan mengakses MR DIY dengan lebih mudah dan terus memacu pertumbuhan perniagaan syarikat itu.

“Kami sedar corak pembelian telah berubah, pengguna memilih untuk pergi ke kedai yang berhampiran dengan mereka dan mahukan kedai yang memenuhi keperluan mereka untuk pelbagai jenis produk. MR DIY dapat memenuhi keperluan itu memandangkan kami mempunyai 830 buah cawangan dan hampir 20,000 jenis produk

“Dalam pada itu MR DIY Express adalah format kedai baharu kami yang direka khas untuk lokasi yang berkepadatan tinggi dan komuniti luar bandar,” katanya.

Bersaiz antara 2,000 hingga 3,000 kaki persegi, kedai MR DIY dilengkapi dengan pelbagai barangan keperluan yang diperlukan oleh komuniti di kawasan tersebut

“Kami menggunakan analisis data yang teliti untuk mengenal pasti trend pembelian di lokasi-lokasi berbeza kemudian mengisi stok yang sesuai di cawangan tersebut untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan format peruncitan moden kami yang relevan dan bermanfaat.”

Selain itu, Chin berkata ‘Grand Opening Event’ (GOE) akan dilancarkan tahun ini, ia akan dijalankan pada dua hujung minggu pertama bulan Oktober di cawangan-cawangan baharu tersebut.

Ini merupakan kali keempat MR. DIY menjalankan kempen tahunan itu.

Bersempena GOE tahun ini, MR DIY akan memberi sebanyal 41,000 hadiah percuma bernilai lebih RM1.2 juta kepada pelanggan terawal di setiap cawangan baharu itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )