Naib Canselor menafikan dakwaan yang tersiar dalam Malaysiakini

Naib Canselor menafikan dakwaan yang tersiar dalam Malaysiakini

04 April 2020 | NAIB CANSELOR | KENYATAAN MEDIA

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menafikan dakwaan yang tersiar dalam Malaysiakini yang menyatakan bahawa lawatan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad pada petang ini melibatkan ramai orang dan mempunyai persembahan.

Pada peringkat awal UPSI merancang untuk pelajar membuat persembahan, namun setelah merujuk dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) maka hanya empat orang sahaja kalangan pengurusan tertinggi termasuk Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang bertemu Dr Noraini di Pusat Pelajar.

Selain itu empat pegawai KPT turut mengiringi lawatan tersebut.

Tidak berlaku sebarang persembahan seperti yang ditularkan bahawa lebih 20 pelajar Fakulti Muzik dan Seni Persembahan akan hadir pada satu majlis.

Sehubungan itu Presiden Persatuan Akademik (PEKA) UPSI, Prof Madya Dr Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah dan Presiden Kesatuan Pegawai Am (KPA) UPSI, En Saiful Lizan Mohd Lajis membuat laporan polis menyangkal bahawa persatuan mereka menyuarakan rayuan kepada Menteri supaya menangguhkan lawatan ke UPSI seperti yang tersiar dalam Malaysiakini hari ini.

UPSI sentiasa memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dilaksanakan sebaik mungkin di sekitar dua kampus iaitu Kampus Sultan Azlan Shah dan Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

PROF DATO’ DR MOHAMMAD SHATAR SABRAN,
Naib Canselor UPSI
4 April 2020

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS Wordpress (0) Disqus ( )