Jangan Biarkan Tapir Menjadi Sejarah – Nik Nazmi

Jangan Biarkan Tapir Menjadi Sejarah – Nik Nazmi

HULU SELANGOR, 26 April 2025 – Tapir Malaya, simbol kehijauan hutan tropika Malaysia, kini menghadapi ancaman kepupusan — dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menyeru agar sejarah pahit kehilangan badak sumbu Sumatera tidak berulang.

Ketika berucap di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun sempena Hari Tapir Sedunia, beliau berkata usaha menyelamatkan tapir memerlukan komitmen daripada semua pihak, tanpa kompromi.

“Tanpa tindakan kolektif, tapir mungkin hanya tinggal dalam kenangan,” katanya sambil menghargai komitmen Kerajaan Selangor yang memperuntukkan RM1.6 juta untuk pemuliharaan spesies terancam.

Sejak tahun 2020, sebanyak 112 ekor Tapir Malaya telah terkorban akibat kemalangan di jalan raya — angka yang cukup membimbangkan.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This