
Norza Seru Penstrukturan Semula Fokus Pembangunan Pemain Pelapis
KUALA LUMPUR, 5 Mei 2025 – Presiden Kehormat BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, menyifatkan kegagalan Malaysia dalam kempen Piala Sudirman sebagai isyarat jelas bahawa sistem pembangunan pemain pelapis memerlukan pembaharuan.
Menurut beliau, selain memperbaiki program latihan, penekanan juga perlu diberikan kepada aspek mentaliti kemenangan dan daya saing yang tinggi agar pemain muda lebih bersedia menghadapi cabaran antarabangsa.
“Kita perlu pastikan pelapis bukan hanya bersedia bermain, tetapi bersedia untuk menang,” katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa penyertaan di kejohanan utama memerlukan lebih daripada sekadar kemahiran — ia memerlukan ketahanan, keinginan, dan semangat juang yang kental.