PAC Teruskan Tindakan Susulan, Siasat Pelaksanaan MLFF dan Projek Air

PAC Teruskan Tindakan Susulan, Siasat Pelaksanaan MLFF dan Projek Air

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menjalankan empat prosiding tindakan susulan minggu ini sebagai sebahagian daripada usaha memantau keberkesanan projek kerajaan serta ketelusan dalam pengurusan kewangan awam.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata tumpuan prosiding termasuklah pelaksanaan projek MLFF oleh Kementerian Kerja Raya dan LLM, projek bekalan air luar bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, serta isu akaun LHDN dan pembangunan tanah oleh agensi-agensi Wilayah Persekutuan.

“PAC komited memastikan setiap projek awam dikendalikan secara telus dan memberi pulangan optimum kepada rakyat,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa PAC telah menjalankan prosiding tambahan berkaitan sistem pengurusan pekerja asing (FWCMS) hari ini, dan delegasi PAC juga kini berada di Fiji bagi menghadiri bengkel serantau memperkukuh akauntabiliti dan tadbir urus kerajaan.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )