PRU Parlimen Padang Serai P017: SPR tetapkan tarikh baru Nov 24 penamaan, Disember 7 pengundian

PRU Parlimen Padang Serai P017: SPR tetapkan tarikh baru Nov 24 penamaan, Disember 7 pengundian

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan November 24 untuk penamaan calon dan Disember 7 untuk pengundian Parlimen P017 Padang Serai.

SPR telah menerima Writ Pilihan Raya yang dikembalikan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai pada 16 November 2022 (Rabu), berhubung kematian calon Pakatan Harapan mendiang Karupaiya A/L Mutusami, menurut kenyataan media.

Sehubungan itu, SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas pada hari ini, 18 November 2022 (Jumaat) dan menetapkan bahawa satu PRU Ke-15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai perlu diadakan semula. Oleh yang demikian proses pengundian di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai, TIDAK AKAN DIADAKAN pada 19 November 2022 (Sabtu).

Hari mengundi awal ditetapkan pada Disember 3 dan Tempoh berkempen ditetapkan 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 24 November 2022 (Khamis) sehingga pukul 11.59 malam, 6 Disember 2022 (Selasa).

Bagi menjalankan proses PRU Ke-15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai, SPR telah melantik YBhg. Dato’ Haji Abdul Bari bin Abdullah, Pegawai Daerah Kulim sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan dibantu oleh enam (6) orang Penolong Pegawai Pengurus. Manakala bagi tujuan pemantauan aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh berkempen, SPR akan menubuhkan dua (2) Pasukan PenguatKuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).

Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim akan digunakan sebagai Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) untuk PRU Ke-15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai.

Manakala, bakal-bakal calon baharu yang ingin bertanding dalam PRU Ke-15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai, hendaklah menyerahkan Kertas Penamaan Calon yang telah lengkap diisi dan disemak oleh Pejabat Pegawai Pengurus oleh calon atau penyokong atau pencadangnya semasa Hari Penamaan Calon di Pusat Penamaan Calon yang telah ditetapkan oleh SPR.

Seramai 2,468 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRU Ke-15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai.

Sebanyak 46 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 230 tempat mengundi/saluran dan satu (1) pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi dua (2) tempat mengundi/saluran awal akan digunakan. Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 47 buah dengan 232 tempat mengundi/saluran. PRU Ke-15 Bahagian Pilihan Raya

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )