Pasangan kekasih ditahan tanam pokok ganja di kediaman sewa

HomeFeaturedBerita Semasa

Pasangan kekasih ditahan tanam pokok ganja di kediaman sewa

KUALA LUMPUR,. Sepasang kekasih ditahan polis selepas disyaki menanam pokok ganja di kediaman sewa mereka di sebuah kondominium di Bangsar, di sini ma

Network School: Tindakan tegas menanti jika langgar undang-undang
Pendaki hilang: Pasukan SAR ambil cip kamera pengawasan kesan Jaslinda
BUDAYA SYURA, ADAB PERLU DIPERKUKUH DALAM SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT – SULTAN NAZRIN

KUALA LUMPUR,. Sepasang kekasih ditahan polis selepas disyaki menanam pokok ganja di kediaman sewa mereka di sebuah kondominium di Bangsar, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook berkata penahanan itu dilakukan hasil serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur di unit kondominium terbabit, kira-kira 11.30 malam.

“Hasil pemeriksaan menemukan dua pokok disyaki ganja dan tumbuhan kering disyaki ganja seberat 27 gram, dengan nilai keseluruhan RM1,210,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek lelaki berusia 48 tahun itu mengaku mempelajari cara menanam pokok ganja melalui platform video dalam talian, selain disahkan positif dadah dan mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes sama.

Polis turut menahan teman wanitanya berusia 40 tahun, serta merampas dua telefon bimbit dan beberapa barangan kemas termasuk tiga rantai, empat loket dan dua cincin.

“Siasatan awal mendapati suspek telah menyewa kediaman itu hampir setahun dan dipercayai mula menanam pokok ganja berkenaan sejak tujuh minggu lepas,” katanya.

Hoo berkata kedua-dua suspek yang tidak bekerja itu direman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

–BERNAMA