
Pelancaran ‘Ayuh Malaysia’ menarik sokongan pengundi atas pagar inisitiaf Rafizi Ramli
Oleh – Ramani P
KUALA LUMPUR — Dalam usaha menarik sokongan pengundi atas pagar dan membawa perubahan politik menghadapi Pilihanraya Umum Yang ke-15, satu pelancaran ‘Ayuh Malaysia’ akan diperkenalkan esok di bawah pimpinan bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Menurut satu kenyataan media, kempen yang bertemakan Ayuh Malaysia mempunyai matlamat berikut:
1. Mengajak sukarelawan dari kalangan rakyat yang mahu meneruskan momentum
perubahan untuk turut serta mendekati pengundi-pengundi atas pagar dengan
memainkan peranan di dalam kempen digital, menjadi Ejen Kira Undi (PACA) dan
sukarelawan pilihanraya.
2. Memberi nafas baru kepada kempen KEADILAN dan PH dengan penekanan khusus kepada pengundi atas pagar di kerusi-kerusi marginal yang berhadapan tentangan sengit.
3. Mempengaruhi diskusi dan kempen politik agar lebih berfokus ke arah mencari
penyelesaian kepada masalah-masalah utama masyarakat melalui percambahan idea dasar dan pelan pelaksanaan.
4. Menampilkan tokoh yang lebih muda dari kalangan pimpinan KEADILAN untuk
menjuarai platform dasar yang berfokus kepada penyelesaian masalah Platform Ayuh Malaysia ini bukan inisiatif khusus KEADILAN, tetapi ia digerakkan oleh
pimpinan muda KEADILAN dengan harapan dapat menarik minat penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.
Pada pelancaran yang diadakan esok di Ibu Kota, dijangka antara pemimpin yang akan turut hadir ialah Saudari Nurul Izzah, Sdr Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa), Sdr Akmal Nasir (Ahli Parlimen Johor Baharu), Sdr Chang Lih Kang (Ahli Parlimen Tanjung Malim), Sdr Manivannan Gowindasamy (mantan Ahli Parlimen Kapar) dan Sdr Lee Chean Chung (ADUN Semambu, Pahang).
Majlis pelancaran Ayuh Malaysia juga akan memperkenalkan aplikasi CISTA yang dibangunkan bagi membolehkan setiap rakyat Malaysia menjadi sukarelawan untuk berkhidmat membawa mesej perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.
“Kami akan membentangkan teras lima (5) dasar yang wajar diberi perhatian oleh masyarakat untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi orang ramai (seperti masalah peluang pekerjaan, masalah kos sara hidup, masalah perumahan dan lain-lain).
“Kami berharap idea-idea yang bakal kami bentangkan melalui Ayuh Malaysia dapat
menghidupkan kembali semangat orang ramai untuk terus berusaha membawa Malaysia ke satu peringkat yang lebih baik.” Kata Rafizi Ramli.
Pelancaran in boleh juga diikuti secara langsung di laman Facebook, YouTube Dan Twitter Rafizi Ramli bermula jam 8 Malam esok.