
Pelantikan Hakim Dicabar: Mahkamah Tinggi Tetap 16 Julai Dengar Saman Peguam
KUALA LUMPUR – Tarikh 16 Julai depan ditetapkan Mahkamah Tinggi sebagai hari pendengaran bagi kes saman pemula yang difailkan oleh seorang peguam terhadap Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK), mencabar keabsahan Akta SPK 2009.
Peguam terbabit, Datuk Syed Amir Syakib Arsalan Syed Ibrahim, berpendirian bahawa akta tersebut melanggar Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan dan telah memohon mahkamah untuk menggantung sementara pelantikan kehakiman yang dijalankan di bawah peruntukan akta itu.
Hakim Datuk Amarjeet Singh juga mengarahkan pihak responden memfailkan afidavit balasan selewat-lewatnya pada 29 April ini dan hujahan bertulis sebelum 8 Julai.
Mahkamah turut membenarkan Majlis Peguam untuk mencelah dalam kes tersebut, manakala Suhakam akan hadir sebagai pemerhati kehakiman.