Bursa dibuka tinggi pada pagi

Bursa dibuka tinggi pada pagi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini sejajar dengan prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.23 mata kepada 1,428.92 daripada 1,424.69 pada penutup semalam.

Indeks utama mengukuh .07 mata untuk memulakan urus niaga pada paras 1,425.76.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 172 berbalas 107, manakala 235 kaunter tidak berubah, 1,779 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 209.21 juta unit bernilai RM85.81 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street bergerak lebih tinggi dengan Purata Perindustrian Dow Jones meningkat 0.52 peratus.

Justeru, minat belian yang kukuh dalam kalangan komponen indeks utama dilihat terus mendorong FBM KLCI untuk meningkat dengan tekanan inflasi yang menyederhana pada bulan Jun turut memberikan rangsangan jangka pendek kepada bursa tempatan.

Semalam (Isnin), Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan Indeks Harga Pengguna (IHP) bulan Jun terus turun kepada 2.4 peratus, paras terendah yang dicatatkan setakat ini pada 2023.

Sementara itu, pelabur akan terus memantau dengan teliti keluaran pendapatan korporat AS dan keputusan kadar faedah daripada Rizab Persekutuan AS pada hari Rabu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah tiga sen kepada RM8.95, CIMB naik lima sen menjadi RM5.40, Petronas Chemicals menokok tiga sen kepada RM6.53, Public Bank tidak berubah pada RM3.98 dan Tenaga Nasional susut dua sen untuk mencatatkan harga RM9.44.

Bagi saham aktif, MYMBN yang baharu disenaraikan mengukuh 8.5 sen kepada 29.5 sen, Velesto Energy tidak berubah pada 23 sen, Classita Holdings susut setengah sen menjadi 14.5 sen, CTOS Digital lemah satu sen kepada RM1.38 dan Pestech International menguncup dua sen kepada susut 27.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 27.86 mata kepada 10,534.94, Indeks FBMT 100 mengembang 27.17 mata untuk mencatatkan paras 10,223.06 dan Indeks FBM 70 meningkat 23.881 mata kepada 13,922.98.

Indeks FBM Emas Syariah meningkat 18.89 mata kepada 10,829.77 manakala Indeks ACE FBM meraih 2.47 mata kepada 5,322.33.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan memperoleh 64.33 mata kepada 15,886.62, Indeks Tenaga meningkat 5.92 mata kepada 829.53, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.62 mata menjadi 163.60, dan Indeks Perladangan meningkat 9.09 mata kepada 7,144.40.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)