Pengambilalihan Menara KL Adalah Tindakan Kerajaan Mengikut Dasar dan Perundangan – Fahmi

Pengambilalihan Menara KL Adalah Tindakan Kerajaan Mengikut Dasar dan Perundangan – Fahmi

JOHOR BAHRU, 22 April 2025 – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa pengambilalihan operasi Menara Kuala Lumpur merupakan langkah yang diambil oleh kerajaan secara sah dan teratur, tanpa sebarang kecondongan terhadap mana-mana pihak.

Beliau menekankan bahawa tindakan tersebut adalah selaras dengan peruntukan undang-undang dan perlu dihormati semua pihak, lebih-lebih lagi kerana kes berkaitan kini sedang dalam perhatian mahkamah.

“Sebarang andaian atau dakwaan berat sebelah adalah tidak berasas.

Kerajaan bertindak berdasarkan prinsip integriti dan keperluan pentadbiran aset awam,” katanya dalam satu sidang media di Johor Bahru.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )