PENGELUARAN GAS ASLI NAIK 19.1 PERATUS KEPADA 763.5 BILION KAKI PADU PADA SUKU KEDUA 2026

HomeFeaturedBusiness

PENGELUARAN GAS ASLI NAIK 19.1 PERATUS KEPADA 763.5 BILION KAKI PADU PADA SUKU KEDUA 2026

KUALA LUMPUR,. Pengeluaran gas asli meningkat 19.1 peratus tahun ke tahun kepada 763.5 bilion kaki padu pada suku kedua 2026 daripada 640.9 bilion kak

Singapura kekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi 2026 pada 2 hingga 4 peratus
MIHAS 2026 dijangka tarik 50,000 pengunjung dari 45 negara – MATRADE
Bursa dibuka rendah pada awal dagangan

KUALA LUMPUR,. Pengeluaran gas asli meningkat 19.1 peratus tahun ke tahun kepada 763.5 bilion kaki padu pada suku kedua 2026 daripada 640.9 bilion kaki padu pada suku yang sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Peningkatan itu turut dicerminkan dalam prestasi bulanan sepanjang suku berkenaan, dengan pertumbuhan lebih kukuh direkodkan pada Jun berbanding April dan Mei.

DOSM berkata pengeluaran minyak mentah dan kondensat turun 5.6 peratus tahun ke tahun, dengan jumlah pengeluaran sebanyak 42.7 juta tong berbanding 43.0 juta tong pada suku yang sama tahun lepas.

“Penurunan itu dipengaruhi oleh pengeluaran minyak mentah yang menguncup 11.7 peratus, dengan jumlah pengeluaran sebanyak 28.6 juta tong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya, DOSM berkata pengeluaran kondensat meningkat 9.8 peratus kepada 14.1 juta tong berbanding 12.8 juta tong pada suku kedua 2025.

Dari segi komposisi, minyak mentah menyumbang 67.0 peratus daripada jumlah pengeluaran minyak mentah dan kondensat, manakala kondensat menyumbang baki 33.0 peratus.

DOSM berkata harga purata Lifting berpemberat (WALP) bagi minyak mentah dan kondensat di Malaysia meningkat kepada US$114.5 setong pada suku kedua 2026 daripada US$84.0 setong pada suku pertama 2026.

“Peningkatan itu selari dengan aliran kenaikan harga minyak mentah WTI dan Brent global yang masing-masing meningkat kepada US$95.8 setong (suku pertama 2026: US$72.0 setong) dan US$103.3 setong (suku pertama 2026: US$80.2 setong),” katanya.

Selain itu, DOSM berkata eksport minyak mentah dan kondensat meningkat kepada RM6.0 bilion pada suku kedua 2026 berbanding RM5.3 bilion pada suku sebelumnya, manakala eksport produk petroleum bertapis meningkat kepada RM38.8 bilion daripada RM22.9 bilion.

Dalam perkembangan lain, eksport gas asli cecair (LNG) meningkat kepada RM16.1 bilion pada suku kedua 2026 berbanding RM12.9 bilion pada suku sebelumnya.

Import petroleum mentah dan kondensat, keluaran petroleum bertapis dan LNG turut mencatat peningkatan pada suku kedua 2026.

Sementara itu, import minyak mentah dan kondensat meningkat kepada RM12.5 bilion berbanding RM7.3 bilion pada suku sebelumnya, manakala import produk petroleum bertapis meningkat kepada RM40.8 bilion daripada RM22.4 bilion pada suku pertama 2026.

Import LNG pula meningkat kepada RM1.6 bilion berbanding RM1.3 bilion pada suku sebelumnya, katanya.

— BERNAMA