
Penggalak Peralihan Tenaga: Peranan TNB di Masa Hadapan
Oleh : Mahadi Mahbol
Kuala Lumpur – Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus mengekalkan peranannya sebagai peneraju utama dalam menerajui Dasar Peralihan Tenaga yang akan memenuhi keperluan tenaga pada masa akan datang. Dengan keazaman yang teguh, TNB kini menggalakkan pembangunan yang menyokong peralihan tenaga ke arah yang lebih lestari dan efisien.
Salah satu langkah penting yang diambil oleh TNB adalah melalui pembangunan projek Tenaga Boleh Baharu (RE) yang terutamanya disalurkan melalui Projek Solar Skala Besar (LSS). Projek ini memberikan kesan positif terhadap peralihan tenaga dengan menyediakan bekalan elektrik yang bersumberkan daripada sumber tenaga yang boleh baru dan lestari.
TNB kini aktif dalam menyalurkan Tenaga Boleh Baharu (RE) melalui pelbagai sumber, termasuk stesen janakuasa hidro dan panel solar terapung. Langkah ini menunjukkan komitmen TNB dalam mendiversifikasi sumber tenaga bagi meningkatkan keberlanjutan industri tenaga negara.
Selain itu, TNB turut akan memperlihatkan kepentingan dalam pelaburan secara besar-besaran dalam teknologi hijau seperti teknologi cofiring hydrogen and ammonia dan carbon capture storage (CSS). Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar sambil menjana tenaga yang lebih bersih dan lestari.
Integrasi pengeluaran Tenaga Boleh Baharu (RE) menjadi fokus utama TNB dalam menangani peralihan tenaga. Dengan menggabungkan pelbagai sumber tenaga yang berbeza secara bersepadu, TNB berusaha untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pengeluaran tenaga.
Kajian kesesuaian dilakukan secara berterusan bagi memastikan keberkesanan inisiatif menyahkarbon loji arang batu serta untuk mengembangkan pasaran penjanaan Tenaga Boleh Baharu (RE) ke rantau Asia Pasifik (APAC) dan pengembangan aset yang berkaitan. Langkah ini penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka masa panjang.
TNB telah pun memacu ASEAN Powergrid dengan telah menandatangani pelbagai MOU dan kajian kesesuaian. Langkah ini penting dalam meningkatkan kerjasama serantau dalam bidang tenaga.
Selain itu, TNB turut membangunkan rangkaian peralihan tenaga yang meliputi penyediaan solusi tenaga yang fleksibel melalui Storan Skala Grid dan Storan Komuniti. Langkah ini diambil bagi meningkatkan keberkesanan dalam pengagihan tenaga serta untuk menyokong pertumbuhan sektor elektrifikasi dan mobiliti elektrik di negara ini.
Melalui inisiatif seperti pengukuhan Smart Grid Distribution, DER integration, dan Self-healing Grid akan menjadi penyelesaian kepada Intermitten Power yang dijana melalui sumber tenaga boleh baharu .
TNB juga memberi tumpuan kepada solusi tenaga yang dibaharui melalui projek dan pembangunan, termasuk memudahkan mobiliti elektrik melalui penambahbaikan grid dan pembinaan tempat pengecasan EV. Selain itu, TNB turut menyediakan solusi pengurusan tenaga bagi prosumer seperti Solar Rooftop melalui Inisiatif Kecekapan Tenaga (EEI).
Dengan menyokong skala elektrifikasi industri pada masa akan datang , TNB juga akan memperkasa pembangunan Pusat Data yang bakal menjadi sumber baru pendapatan negara.
TNB juga berusaha untuk menjadi pemain utama dalam menyokong ekonomi berasaskan hidrogen. Langkah ini menunjukkan komitmen TNB dalam memimpin peralihan tenaga ke arah yang lebih lestari dan efisien bagi masa hadapan negara.
-Asia News Today