
Mahkamah Rayuan Ketepi ‘Gag Order’ Ke Atas Chegu Bard
Perintah Larangan Tanpa Prosedur Sah: Mahkamah Rayuan Ketepi ‘Gag Order’ Ke Atas Chegu Bard
PUTRAJAYA – Perintah larangan bersuara yang dikenakan ke atas Chegu Bard dalam kes hasutan diketepikan hari ini selepas Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tiada permohonan formal atau afidavit difailkan oleh pihak pendakwaan bagi menyokong perintah tersebut.
Panel hakim berpendapat bahawa perintah sebegitu memerlukan pematuhan prosedur yang ketat kerana ia menyentuh hak perlembagaan tertuduh untuk bersuara.
Merujuk keputusan terdahulu dalam kes Papagomo, mahkamah mendapati tiada risiko terhadap keadilan prosiding yang membolehkan sekatan seperti itu dikenakan ke atas Badrul Hisham.
Keputusan ini sekaligus menimbulkan persoalan terhadap ketelusan dan kecekapan pendakwaan dalam mengemukakan permohonan kepada mahkamah, terutamanya dalam kes-kes berprofil tinggi.