HomeFeaturedBerita Semasa

Perkhidmatan KTM Komuter laluan Batu Tiga-Subang Jaya tergendala

KUALA LUMPUR,. Operasi tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melibatkan perkhidmatan KTM Komuter di laluan Batu Tiga-Subang Jaya mengalami gangguan

Arab Saudi, UAE, Qatar sambut Aidilfitri Jumaat
Prospek hartanah 2026 positif, Akses pembiayaan perumahan yang lebih luas
Gempa bumi sederhana landa Sumatera Utara, Indonesia

KUALA LUMPUR,. Operasi tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melibatkan perkhidmatan KTM Komuter di laluan Batu Tiga-Subang Jaya mengalami gangguan pagi tadi berikutan alat talian atas terputus.

Menurut kenyataan KTMB, insiden yang berlaku pada kira-kira 8.30 pagi itu menyebabkan laluan di antara Stesen Subang Jaya dengan Batu Tiga tidak dapat digunakan buat sementara waktu.

Akibat gangguan itu, perkhidmatan tren komuter mengalami kelewatan melebihi 60 minit daripada jadual asal dan ditamatkan lebih awal kerana operasi tren hanya menggunakan satu landasan.

“Oleh yang demikian, tren bagi laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim ditamatkan di Stesen Shah Alam, Batu Tiga dan Padang Jawa, serta penumpang diaturkan menaiki bas perantara ke Stesen Subang Jaya untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing,” menurut kenyataan itu hari ini.

KTMB turut memaklumkan bahawa bagi operasi sebelah petang, tren dari KL Sentral akan tamat di Stesen Subang Jaya dan penumpang perlu menaiki bas perantara yang disediakan di antara Subang Jaya-Shah Alam, seterusnya menyambung perjalanan menggunakan tren komuter dari Stesen Shah Alam ke Pelabuhan Klang.

“Pasukan teknikal KTMB kini berada di lokasi kejadian dan kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan bagi memastikan perkhidmatan tren dapat dipulihkan serta beroperasi seperti biasa secepat mungkin.

“KTMB memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh penumpang dan menghargai kesabaran serta kerjasama semua pihak,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA