HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

PM Anwar hulur sumbangan kepada Azman Adnan

KUALA LUMPUR,. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada bekas penyerang kebangsaan dan Selangor Azman Adnan, yang bakal me

PRN Johor medan kebangkitan semula gelombang biru – Ahmad Zahid
BANK RAKYAT JAMIN MAKLUMAT, SIMPANAN PELANGGAN SELAMAT
MISI EKSPORT MATRADE KE KEMBOJA ATASI SASARAN AWAL, JANA JUALAN RM186 JUTA

KUALA LUMPUR,. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada bekas penyerang kebangsaan dan Selangor Azman Adnan, yang bakal menjalani prosedur pembedahan lutut pada 26 Nov ini.

Sumbangan tersebut disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi dalam satu perjumpaan, pagi tadi.

Ahmad Farhan berkata sumbangan oleh Anwar itu bagi meringankan keperluan perubatan serta memberi semangat buat legenda bola sepak negara itu.

“Moga proses pembedahan berjalan lancar, dipermudah segala urusan dan Abang Man kembali kuat untuk terus menyumbang kepakaran dalam pembangunan bola sepak tanah air,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, hari ini.

— BERNAMA