
PM Britain Boris Johnson dijangka kembali bertugas pada Isnin
LONDON, 26 April — Perdana Menteri Britain Boris Johnson dijangka kembali bertugas pada Isnin dan beliau dikatakan sudah “tidak sabar untuk beraksi”, lapor media pada Ahad memetik sumber kerajaan.
“Beliau tidak sabar untuk mula bekerja dan akan kembali pada Isnin,” memetik Sky News Sunday, lapor agensi berita Sputnik.
Johnson akan bertemu Setiausaha Kesihatan Matt Hancock dan dijadual mempengerusikan taklimat harian mengenai COVID-19 pada Isnin.
Namun, spekulasi masih berlegar sama ada Johnson akan menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Rabu.
Sebaik memulakan tugasnya nanti, Johnson dijangka bergelut dengan isu sama ada akan melonggarkan sekatan memandangkan jangkitan dan kemasukan ke hospital menunjukkan penurunan.
Beliau disahkan dijangkiti COVID-19 pada akhir Mac dan dimasukkan ke Hospital St Thomas pada 5 April, sebelum dipindahkan ke unit rawatan rapi pada hari berikutnya.
— BERNAMA