PM: Tiada skandal besar dalam dua tahun, negara menjalankan tender telus.

PM: Tiada skandal besar dalam dua tahun, negara menjalankan tender telus.

PUTRAJAYA: Dalam tempoh dua tahun di bawah pimpinan Kerajaan MADANI, negara telah mengekalkan proses tender yang telus, dan tiada skandal besar berlaku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan usaha Kerajaan Perpaduan untuk memperkasakan tatakelola yang baik sebagai satu kejayaan kerana tiada skandal atau kes besar yang timbul.

Sementara kita menekankan soal tatakelola, yang saya anggap sebagai satu kejayaan. Saya nak sebut dalam dua tahun ini, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana kita menjalankan proses tender yang telus dan tidak ada skandal besar yang berlaku.

Dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Jumaat, beliau menyampaikan amanat Tahun Baharu 2025.

Anwar juga meminta semua orang memberi kepercayaan kepada Kerajaan MADANI dan memberinya masa tambahan dua tahun untuk membuktikan bahawa Malaysia telah menjadi negara Asia yang hebat.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )