POLIS INDONESIA TUMPASKAN RANGKAIAN JUDI DALAM TALIAN

HomeFeaturedBerita Semasa

POLIS INDONESIA TUMPASKAN RANGKAIAN JUDI DALAM TALIAN

JAKARTA,. Polis Indonesia menumpaskan rangkaian perjudian dalam talian yang mengendalikan tiga laman web berpangkalan di luar negara dan menjana sehin

Sultan Perak perkenan belia diberi penghormatan baca khutbah Jumaat esok
JS-SEZ: Malaysia, Singapura dan Indonesia mulakan perbincangan kerjasama – Tengku Zafrul
Network School: Tindakan tegas menanti jika langgar undang-undang

JAKARTA,. Polis Indonesia menumpaskan rangkaian perjudian dalam talian yang mengendalikan tiga laman web berpangkalan di luar negara dan menjana sehingga 1 trilion rupiah (kira-kira US$56.6 juta) setahun, serta menahan lima suspek, kata polis pada Khamis, lapor Xinhua.

Pengarah Jenayah Siber Polis Nasional Adex Yudiswan memberitahu sidang media bahawa laman web berkenaan dikendalikan dari luar negara tetapi beroperasi di Indonesia dan beberapa negara lain.

Lima suspek yang ditahan pada Julai di Jakarta, Tangerang Selatan dan Semarang didakwa membantu menubuhkan syarikat proksi serta membuka akaun bank untuk mengumpul hasil perjudian.

Polis berkata rangkaian itu memproses transaksi bernilai lebih 1.03 trilion rupiah dari Januari hingga Ogos, dengan purata kira-kira 8.6 bilion rupiah sehari. Pihak berkuasa turut membekukan kira-kira 51 bilion rupiah yang disimpan oleh lima penyedia perkhidmatan pembayaran.

Polis kini mengesan suspek keenam yang dipercayai mengarahkan operasi rangkaian berkenaan.

Kesemua suspek berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun di bawah undang-undang berkaitan pemindahan dana elektronik dan undang-undang jenayah Indonesia.

— BERNAMA-XINHUA