Pos Malaysia lancar koleksi setem Krismas edisi terhad

Pos Malaysia lancar koleksi setem Krismas edisi terhad

KUALA LUMPUR,. Pos Malaysia meraikan semangat perayaan dengan melancarkan koleksi Setem Ku edisi terhad Krismas 2020 yang boleh didapati di kedai dalam talian Pos Malaysia www.pos.com.my dan 13 Pejabat Pos Besar di seluruh negara mulai esok (23 Dis).

Ketua Kumpulan Pengurusan Saluran dan Pengalaman Pelanggan Pos Malaysia Berhad Azmil Othman Merican berkata setem edisi terhad Krismas 2020 menampilkan reka bentuk moden dengan ucapan ‘Merry Christmas’ pada setiap setem.

“Menggabung elemen klasik seperti pokok Krismas, kepingan salji, bintang dan hiasan pokok, setem itu didatangkan dalam sepuluh jenis corak dengan warna latar tradisional merah serta hijau,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata koleksi setem Krismas 2020 boleh dibeli dalam set folder terhad kepada 500 unit dan 200 lembaran setem dihasilkan untuk siri ini.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia di talian 03-2267 2267 sambungan 2000 atau e-mel ke [email protected]

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )