PRK Ayer Kuning: Calon BN diminta lengkapkan kempen di 20 PDM pada minggu pertama

PRK Ayer Kuning: Calon BN diminta lengkapkan kempen di 20 PDM pada minggu pertama

TAPAH,. Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir diminta melengkapkan kesemua siri kempen di 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Ayer Kuning pada minggu pertama ini bagi memastikan gerak kerja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berjalan lancar.

Ketua Sekretariat War Room UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Mohamad Yusri sebelum hari penamaan calon pada 12 April lepas, bagi mengelakkan kekangan masa pada saat akhir kempen.
ADVERTISING

“Bagi minggu kedua, perlu ulang balik (kempen di PDM) tetapi lebih berfokus,” katanya kepada pemberita selepas melawat PDM Batu Tiga, di sini, pada Khamis.

Ahmad berkata, UMNO juga mengamalkan kaedah jentera berlapis merangkumi jentera tempatan, bahagian angkat dan negeri angkat, berperanan membantu mengukuhkan kehadiran serta gerakan parti di peringkat akar umbi.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, ketiga-tiga lapisan ini memainkan peranan penting terutama dalam mendepani cabaran sepanjang kempen termasuk memastikan pengundi luar kawasan balik mengundi.

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 26 April ini, manakala pengundian awal pada 22 April.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )