PRN; BN bertanding kesemua 36 kerusi DUN – Jalaluddin

HomeFeaturedPolitik

PRN; BN bertanding kesemua 36 kerusi DUN – Jalaluddin

SEREMBAN,. Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) akan

Daerah Larut, Matang dan Selama dilanda banjir, 17 mangsa dipindahkan ke PPS
Pendidikan baik lahirkan insan cemerlang akademik, berakhlak – Anwar
Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

SEREMBAN,. Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu telah mendapat persetujuan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“PH Negeri Sembilan tempoh hari telah memutuskan untuk bertanding di kesemua kerusi DUN, jadi kita juga akan mengambil langkah yang sama.

“Pembahagian kerusi turut melibatkan parti MCA dan MIC, manakala jumlah kerusi yang akan ditandingi setiap parti akan diputuskan kemudian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, UMNO Negeri Sembilan juga hampir selesai menyenarai pendek calon bagi setiap bahagian dan kini dalam proses saringan, sebelum dihantar kepada pucuk pimpinan parti.

Menurutnya, 95 peratus calon sedia ada dijangka dikekalkan, namun beberapa perubahan akan dilakukan termasuk menampilkan muka baharu.

“Jentera kita semuanya sudah bersedia termasuklah soal pemilihan calon yang perlu melalui proses saringan sebelum senarai nama diserahkan kepada presiden bagi menentukan calon yang terbaik untuk bertanding,” katanya.

DUN Negeri Sembilan dibubarkan pada Jumaat bagi memberi laluan kepada PRN ke-16.