PRN MELAKA: PKR TAMPIL 30 PERATUS CALON WANITA – FADHLINA

HomeFeaturedPolitik

PRN MELAKA: PKR TAMPIL 30 PERATUS CALON WANITA – FADHLINA

NIBONG TEBAL,. Penampilan 30 peratus calon wanita oleh PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini dilihat sebagai antara strategi parti itu me

Pindaan Akta 333 dijangka dibentang pada persidangan pertama Parlimen tahun depan
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
Gempa bumi sederhana landa Midanao, Filipina

NIBONG TEBAL,. Penampilan 30 peratus calon wanita oleh PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini dilihat sebagai antara strategi parti itu menawarkan pilihan lebih inklusif kepada pengundi, selain memperkukuh representasi wanita dalam arena politik negeri.

Ketua Wanita PKR Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata langkah mengetengahkan lebih ramai calon wanita memberi pilihan kepada rakyat dalam menentukan wakil mereka ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

“Saya fikir itu juga satu tawaran yang baik untuk rakyat membuat pilihan, khususnya dalam usaha kami untuk terus memartabatkan wanita sebagai calon DUN Melaka,” katanya selepas merasmikan Program Jelajah Negaraku: Aku Kasih Malaysia peringkat Parlimen Nibong Tebal di sini hari ini.

Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan berkata dari sudut gerak kerja menghadapi PRN itu, PKR kekal bersama Pakatan Harapan (PH) dan akan bergerak sebagai satu pasukan.

Beliau berkata PH juga telah melancarkan slogan “Melaka Rumah Kita” sebagai sebahagian daripada pendekatan gabungan itu dalam menghadapi pilihan raya berkenaan.

Semalam, Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 21 calon bagi menghadapi PRN Melaka bulan depan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Okt sebagai hari penamaan calon, 10 Nov bagi pengundian awal dan 14 Nov hari pengundian PRN Melaka ke-16.

— BERNAMA