PRN Negeri Sembilan Zahid umum BN bergerak secara solo

HomeFeaturedPolitik

PRN Negeri Sembilan Zahid umum BN bergerak secara solo

KUALA LUMPUR,. Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan parti itu akan bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Neg

BATIK AIR BATAL PENERBANGAN KUALA LUMPUR-JAKARTA HARI INI SUSULAN ABU GUNUNG BERAPI
Timor-Leste mohon bantuan Malaysia tarik kehadiran Google
Mayat wanita tidak berpakaian, tangan terikat ditemukan di Seri Kembangan

KUALA LUMPUR,. Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan parti itu akan bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan datang.

Katanya, keputusan itu diambil berikutan tindakan Pakatan Harapan (PH) yang telah mengumumkan keputusan mereka untuk meletakkan calon di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri berkenaan.

“Di Negeri Sembilan, pasti (BN) bergerak solo kerana Pakatan Harapan telah mengumumkan mereka akan bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ertinya, kita tidak ada pilihan melainkan terpaksa bertanding secara solo,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama persidangan Invest Malaysia Kuala Lumpur 2026, pada Selasa.

Terdahulu, Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, gabungan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) itu telah memuktamadkan pembahagian kerusi yang akan ditandingi oleh setiap parti komponen.