PRN Selangor: Mohd Yahya Mat Sahri, calon DUN N09 Permatang

PRN Selangor: Mohd Yahya Mat Sahri, calon DUN N09 Permatang

#FOKUS DUN

Oleh: Ramani

 

SHAH ALAM – Pengarah Pilihan Raya PH Selangor Mohd Yahya Mat Sahri akan bertanding di kerusi DUN N09 Permatang.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Parti Presiden Datuk Seri Anwar bin Ibrahim di Majlis Pengumuman calon PKR disini semalam.

Nama Mohd Yahya Mat Sahri atau lebih dikenali sebagai Pakya tidak asing dalam arena politik Selangor.

Beliau adalah Ketua Cabang Tanjong Karang, Ahli Majlis Pimpinan PH Selangor, Ahli MPN Selangor dan juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Berlulusan Post Graduate Diploma in Business Administration dan Certificate in Taxation, Pakya adalah seorang tokoh korporat, Setiausaha Syarikat dan Perunding Percukaian yang bertauliah.

Sebelum ini beliau pernah menjadi Pegawai Khas Penerangan Pejabat Timbalan Perdana Menteri (Mei2018-April 2019).

Pengalaman beliau dalam bidang pengurusan, latihan dan percukaian, dipilih memberi khidmat nasihat sebagai Perunding Malaysia Madani.

Kerusi DUN N09 Permatang kini disandang oleh isteri beliau Puan Rozana binti Zainal Abidin yang dimenangi dengan majoriti 1,158 pada PRU 14.

Jumlah pengundi di DUN N09 ialah 23,153. Peratus pengundi ialah Melayu (64%), Cina (21%),  India (16%).

Sebelum ini Mohd Yahya dalam petikan Bernama berkata segala pencapaian dicatatkan kerajaan negeri akan digunakan sebagai bahan kempen pada PRN dalam meraih sokongan rakyat di Selangor yang rata-ratanya terdiri daripada golongan berpendidikan dan profesional.

“Tidak berguna berkempen dengan memberi tohmahan, tiada untung. Lebih baik fokus kepada apa yang kita sudah buat (lakukan) dan apa yang kita akan buat, saya rasa orang di Selangor lebih terima itu,”

Mohd Yahya berkata keupayaan PH mentadbir Selangor jelas terbukti selepas berjaya menyumbang lebih satu perempat daripada ekonomi negara atau 25.5 peratus kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun lepas.

“Ia bukan data dikeluarkan sembarangan, ia cukup terbukti, itu fakta. Kita tunjuk prestasi yang jauh lebih baik, sebab itu dengan inisatif kita (PH Selangor) sejak dari awal memang merakyatkan ekonomi dan sentiasa mendahulukan rakyat,” katanya.

Rakan strategik PH-BN

Mengulas mengenai rakan kerjasama Barisan Nasional (BN), beliau berkata kedua-dua parti, PH dan BN telah mencapai kesepakatan untuk bergerak seiringan bagi mencapai matlamat sama iaitu untuk memenangi pilihan raya.

“Di peringkat PH dan BN, selepas pimpinan Pusat serta negeri dah capai sepakatan untuk terus bergerak sama, kita terus bina satu komuniti. Alhamdulillah, kami okey sahaja dan tidak timbul isu.” tambah beliau.

 

Senarai calon PKR Selangor

N09 Permatang: Mohd. Yahya Mat Sahri

N10 Bukit Melawati: Thiban Subramaniam

N11 Ijok: Amidi Abdul Manan

N14 Rawang: Chua Wei Kiat

N16 Sungai Tua: Datuk Seri Amirudin Shari

N18 Hulu Kelang: Juwairiya Zulkifli

N19 Bukit Antarabangsa: Mohd Kamri Kamaruddin

N20 Lembah Jaya: Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet)

N25 Kajang: David Cheong

N32 Seri Setia: Fahmi Ngah

N33 Taman Medan: Ahmad Akhir

N37 Bukit Lanjan: Phua Pei Lei

N38 Paya Jaras: Khairuddin Othman

N39 Kota Damansara: Amin Yazid

N40 Kota Anggerik: Najwan Halimi

N43 Sementa: Erni Afrishah Azizi

N46 Pelabuhan Klang: Azmizam Zaman Huri

N48 Sentosa: Gunarajah R George

N49 Sungai Kandis: Zawawi Ahmad Mughni

N54 Tanjong Sepat: Borhan Aman Shah

 

 

 

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )