Progressive Impact raih kontrak PTP bernilai RM8.46 juta

Progressive Impact raih kontrak PTP bernilai RM8.46 juta

KUALA LUMPUR,. Progressive Impact Corp Bhd (PICORP) berjaya meraih kontrak bernilai RM8.46 juta daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP) membabitkan pembinaan Modul 2 Loji Rawatan Pembetungan (STP) di Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, ia berkata kontrak lapan bulan itu diraih oleh anak syarikat milik penuhnya, Alam Sekitar Malaysia Sdn Bhd (ASMA).

Antara obligasi ASMA dalam kontrak itu adalah pelaksanaan dan penyelesaian pembinaan Modul 2 STP, peningkatan Modul 1 dan memperbaiki kekurangan sesuai dengan peruntukan kontrak tersebut.

Kontrak itu juga merupakan kerjasama perniagaan pertama ASMA dengan PTP yang 70 peratus kepentingannya dimiliki oleh MMC Corporation Bhd, bagi menaik taraf Modul 1 STP dan memperbaiki kekurangan sepertimana ditetapkan kontrak.

“ASMA sebelum ini berjaya menyelesaikan projek sama dalam pembangunan STP dan anugerah kontrak itu kepada ASMA membuktikan keyakinan PTP terhadap kepakaran dan kekuatan ASMA dalam segmen loji rawatan pembetungan,” kata PICORP.

Kontrak tersebut dijangka memberi kesan kewangan yang positif terhadap aset bersih sesaham dan pendapatan sesaham PICORP bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 hingga 2021.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS Wordpress (0) Disqus ( )